Friday, May 21, 2021

Kerajaan Cadang Laksana PKP 3.0 Diperketat

PUTRAJAYA 21 MAY 2021Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 pada petang ini yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah membincangkan secara mendalam situasi semasa penularan jangkitan COVID-19.

Mesyuarat meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung status terkini kes COVID-19 termasuk kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan setiap negeri dan cadangan tindakan bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Selain itu, Sidang Khas juga membincangkan status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei 2021. Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKP 3.0 telah diperketatkan termasuk larangan rentas negeri dan daerah serta sekatan bagi aktiviti sosial, sukan dan rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka.
Namun begitu, penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang.

Rujuk kenyataan media untuk maklumat lanjut.

#pmo #muhyiddin #covid19 #mkn #kkm #pkp #mco #malaysia #lockdown #perikatannasional #kerajaan 



No comments:

Post a Comment

Trendzsetter Bakal Cungkil Bakat Pengkarya Kreatif & Pencipta Kandungan Malaysia

   Pengarah Urusan Trendztok Fakhrudiin Afiq (kiri) bersama Pengarah Urusan Mayard    Integrated   Mayumi Kasuga (kanan) Kuala Lumpur, 14/10...