Sunday, January 16, 2022

Tengku Zafrul di KALA Sentral bertemu usahawan tempatan

 KOTA BHARU,16 Januari 2022 - Bertempat di KALA Sentral, Kota Bharu harini ini menyaksikan kunjungan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul dalam siri jelajah Bajet 2022. Lebih 500 produk kraftangan dan produk berasaskan makanan dipamerkan di KALA Sentral dalam upacara lawatan semalam.

Zafrul turut berpuas hati dengan usaha Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dalam usaha memajukan industri kraf dan makanan dengan mengambil inisiatif mewujudkan KALA Sentral. Ini juga sudah pastinya memanfaatkan ramai lagi usahawan tempatan dalam mempromosikan produk mereka.

Zafrul juga membuat kenyataan rasmi bahawa kerajaan melalui kementerian kewangan akan menyalurkan lebih banyak bantuan untuk memanfaatkan lebih ramai para usahawan di Kelantan.


  Gambar : Zafrul meninjau produk keluaran MediaRHB Sdn Bhd diwakili en Wan AB Razak Husin



Gambar : Kunjungan Kapten Piya ke gerai usahawan.


Trendzsetter Bakal Cungkil Bakat Pengkarya Kreatif & Pencipta Kandungan Malaysia

   Pengarah Urusan Trendztok Fakhrudiin Afiq (kiri) bersama Pengarah Urusan Mayard    Integrated   Mayumi Kasuga (kanan) Kuala Lumpur, 14/10...