Sunday, October 13, 2024

Trendzsetter Bakal Cungkil Bakat Pengkarya Kreatif & Pencipta Kandungan Malaysia

  




Pengarah Urusan Trendztok Fakhrudiin Afiq (kiri) bersama Pengarah Urusan Mayard 

  Integrated  Mayumi Kasuga (kanan)

Kuala Lumpur, 14/10/2024 — Mayard Integrated dengan kerjasama Trendztok Creative Sdn Bhd , gabungan dua syarikat pengurusan bakat & kreatif dan media digital  dengan bangganya mengumumkan pelancaran Trendzsetter, sebuah pertandingan pencipta kandungan dan pengkarya kreatif dalam talian yang direka khusus untuk mencari dan mengiktiraf pencipta kandungan Malaysia yang mempunyai kurang daripada 10,000 pengikut. 

Menurut CEO Mayard, Mayumi Kasuga serta CEO Trendztok Fakhruddin Afiq selaku pengarah program , "Trendzsetter" adalah peluang luar biasa bagi pencipta kandungan untuk menunjukkan bakat mereka dan menampilkan elemen 'Malaysia' dalam karya mereka. Kami ingin memberikan platform yang sesuai untuk pencipta yang belum mendapat pengiktirafan."

‘Trendzsetter’ ini diharapkan bakal mendapat sokongan penuh daripada agensi Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sejajar dengan initiatif untuk mempromosikan Malaysia dan akan dijalankan eksklusif di platform TikTok.

Pertandingan ini akan bermula pada 11 November 2024 dan berakhir pada 10 Disember 2024 dengan sasaran jumlah penyertaan sebanyak 1000 hingga ke 5000 peserta berdasarkan maklumbalas yang diterima. Penyertaan awal akan bermula tidak lama lagi bagi membolehkan peserta mencuba nasib mereka.

Para peserta dikehendaki menghasilkan video berdurasi 1 minit 30 saat dalam mana-mana unsur seperti komedi, masakan, budaya, muzik dan nyanyian,filem pendek, automotif, motivasi, atau konten umum, tetapi harus mempertengahkan elemen Malaysia. Juri awam, profesional serta pihak Mayard Trendztok akan mengendalikan urusan pemilihan pemenang di mana saringan bakal di lakukan dari Top 100 sehingga Top 10.

Upacara pengumuman pemenang akan diadakan di sebuah lokasi yang akan diumumkan kemudian, dengan penuh glamor dan dihadiri oleh pengaruh terkenal serta kemungkinan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Anwar Ibrahim.

Untuk menyertai pertandingan ini, peserta hanya perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM30, yang juga membolehkan mereka mendapat cenderahati eksklusif serta sijil penyertaan yang diiktiraf. 

10 pemenang terbaik bakal berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah kereta (butiran akan diumumkan kelak), iPhone 16 Pro, Sony PS5, Ultra Smart Watch, Smart TV dan wang tunai.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi halaman TikTok rasmi Trendzsetter di @trendzsettermy, atau layari www.thetrendzsetter.com, atau hubungi kami di talian 03-6416 0477.

Trendzsetter berhasrat untuk memperkasakan pencipta kandungan di Malaysia dan memberikan pendedahan serta arah yang tepat kepada mereka untuk menghargai bakat yang dimiliki untuk diangkat ke peringkat global.

Mayard Integrated adalah sebuah entiti pengurusan bakat & kreatif, manakala Trendztok adalah sebuah syarikat digital media.


Trendzsetter Bakal Cungkil Bakat Pengkarya Kreatif & Pencipta Kandungan Malaysia

   Pengarah Urusan Trendztok Fakhrudiin Afiq (kiri) bersama Pengarah Urusan Mayard    Integrated   Mayumi Kasuga (kanan) Kuala Lumpur, 14/10...