Sunday, October 13, 2024

Trendzsetter Bakal Cungkil Bakat Pengkarya Kreatif & Pencipta Kandungan Malaysia

  




Pengarah Urusan Trendztok Fakhrudiin Afiq (kiri) bersama Pengarah Urusan Mayard 

  Integrated  Mayumi Kasuga (kanan)

Kuala Lumpur, 14/10/2024 — Mayard Integrated dengan kerjasama Trendztok Creative Sdn Bhd , gabungan dua syarikat pengurusan bakat & kreatif dan media digital  dengan bangganya mengumumkan pelancaran Trendzsetter, sebuah pertandingan pencipta kandungan dan pengkarya kreatif dalam talian yang direka khusus untuk mencari dan mengiktiraf pencipta kandungan Malaysia yang mempunyai kurang daripada 10,000 pengikut. 

Menurut CEO Mayard, Mayumi Kasuga serta CEO Trendztok Fakhruddin Afiq selaku pengarah program , "Trendzsetter" adalah peluang luar biasa bagi pencipta kandungan untuk menunjukkan bakat mereka dan menampilkan elemen 'Malaysia' dalam karya mereka. Kami ingin memberikan platform yang sesuai untuk pencipta yang belum mendapat pengiktirafan."

‘Trendzsetter’ ini diharapkan bakal mendapat sokongan penuh daripada agensi Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sejajar dengan initiatif untuk mempromosikan Malaysia dan akan dijalankan eksklusif di platform TikTok.

Pertandingan ini akan bermula pada 11 November 2024 dan berakhir pada 10 Disember 2024 dengan sasaran jumlah penyertaan sebanyak 1000 hingga ke 5000 peserta berdasarkan maklumbalas yang diterima. Penyertaan awal akan bermula tidak lama lagi bagi membolehkan peserta mencuba nasib mereka.

Para peserta dikehendaki menghasilkan video berdurasi 1 minit 30 saat dalam mana-mana unsur seperti komedi, masakan, budaya, muzik dan nyanyian,filem pendek, automotif, motivasi, atau konten umum, tetapi harus mempertengahkan elemen Malaysia. Juri awam, profesional serta pihak Mayard Trendztok akan mengendalikan urusan pemilihan pemenang di mana saringan bakal di lakukan dari Top 100 sehingga Top 10.

Upacara pengumuman pemenang akan diadakan di sebuah lokasi yang akan diumumkan kemudian, dengan penuh glamor dan dihadiri oleh pengaruh terkenal serta kemungkinan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Anwar Ibrahim.

Untuk menyertai pertandingan ini, peserta hanya perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM30, yang juga membolehkan mereka mendapat cenderahati eksklusif serta sijil penyertaan yang diiktiraf. 

10 pemenang terbaik bakal berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah kereta (butiran akan diumumkan kelak), iPhone 16 Pro, Sony PS5, Ultra Smart Watch, Smart TV dan wang tunai.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi halaman TikTok rasmi Trendzsetter di @trendzsettermy, atau layari www.thetrendzsetter.com, atau hubungi kami di talian 03-6416 0477.

Trendzsetter berhasrat untuk memperkasakan pencipta kandungan di Malaysia dan memberikan pendedahan serta arah yang tepat kepada mereka untuk menghargai bakat yang dimiliki untuk diangkat ke peringkat global.

Mayard Integrated adalah sebuah entiti pengurusan bakat & kreatif, manakala Trendztok adalah sebuah syarikat digital media.


Thursday, July 18, 2024

Penumpang E Hailing Lari Tak Bayar Tambang!



 
KUALA LUMPUR , 19 JULAI 2024 - Kes penumpang tak bayar tambang e hailing semakin berleluasa kebelakangan ini! Semalam dilaporkan oleh seorang pemandu e hailing bahawa terdapat seorang penumpang bangsa India tidak membayar tambang kepada pemandu tersebut. Di fahamkan tempahan datang dari aplikasi In Drive.




Penumpang di laporkan tidak membawa wang dan memberitahu si pemandu bahawa tambang akan di bayar namun beliau terus melarikan diri. Kejadian berlaku di waktu malam di lokasi Bukit Petaling menuju ke Scott Garden, Kuala Lumpur.



Pemandu e hailing dinasihatkan lebih berhati hati dan terus membuat laporan ke pihak berkuasa untuk mendapatkan keadilan.

@ohmediaviral

Tuesday, July 9, 2024

Fakta Menarik Mengenai Trendztok Untuk Penstrimer Langsung

 

                                                                 Foto Kredit : Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Syarikat media dan kreatif bumiputera, Trendztok menawarkan perkhidmatan penstriman langsung dan studio kepada usahawan untuk memaksimumkan potensi perniagaan mereka melalui siaran langsung yang menarik serta berkualiti tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Trendztok, Fakhruddin Afiq berkata, kemudahan studio kepada usahawan itu disediakan untuk platform e-dagang TikTok dan Shopee.

"Dengan pendekatan inovatif dan kepakaran dalam pengurusan media sosial serta 'personal branding', Trendztok memastikan setiap siaran langsung bukan sahaja menarik tetapi juga berkesan dalam menarik pelanggan dan meningkatkan jualan.

"Syarikat ini menjadi pilihan utama bagi usahawan yang ingin mengoptimumkan kehadiran mereka di platform digital dan memacu pertumbuhan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bagi mendapatkan info lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan syarikat ini, golongan usahawan dan orang ramai boleh melayari laman sesawang mereka di www.trendztok.com atau boleh ke laman sosial mereka di Trendztok Official.

Saturday, May 11, 2024

Sistem Bidaaan Dilarang MOT : MyRide E Panggilan Tempatan Tawar Sistem Tambang Tetap dan Harga Berpatutan


Susulan pengumuman YB Anthony Loke , selaku Menteri Pengangkutan tempoh hari bahawa MOT tidak membenarkan sistem bidaan dalam perkhidmatan e panggilan merupakan langkah sewajarnya dan tepat untuk dilaksanakan dan dipantau oleh kerajaan.

Sistem bidaan telahpun merosakkan harga industri e panggilan semenjak 4 tahun dahulu dan ini sesuatu yang tidak baik untuk industri e panggilan negara kita.

MyRide, e panggilan tempatan bertaraf 100% lokal, menyokong penuh kenyataan menteri kerana mereka hanya melaksanakan sistem tambang tetap agar pemandu sentiasa mendapat nilai tambang yg stabil serta dapat memberi harga tambang yg berpatutan dan berbaloi buat pengguna.

MyRide kini berada di seluruh bandar2 utama seluruh Malaysia dengan tambang bermula dari RM4 . Untuk info lanjut, layari https://myrideasia.com/download

Monday, April 8, 2024

Raya Paling Sedih! Ramai Driver E Hailing Tertekan dengan tambang murah, sanggup tidak beraya!




Laporan : Khalid Omar (Unit Berita) 

Aidifitri bakal disambut di seluruh negara tidak lama lagi. Rata rata warganet sudah pulang ke kampung halaman masing masing untuk menyambut Aidilfitri dengan keluarga tersayang. Namun keindahan tidak semua yang menikmatinya. 

Ada yang masih berjuang mencari rezeki seperti pemandu e hailing. Rata rata mereka meluahkan rasa kecewa dengan pengurusan syariakt e hailing yang dilihat tidak mengerti akan situasi ekonomi sekarang.

Seorang pemandu di temubual berkata, " Penumpang tidak ada masalah pergi shopping sakan, tetapi tambang kami teruk sangat dengan menghadapi jam dan sebagainya, amat tidak adil!". Seorang lagi pemandu e hailing juga meluah bahawa beliau tidak faham kenapa tambang e hailing semakin teruk ke paras lantai sedangkan demand terus meninggi dan pengguna ada kemampuan untuk membayar.

Ada pula yang tidak pulang beraya kerana tidak mampu kerana terkesan dengan pendapatan bulan Ramadhan yang agak teruk dan harapan mereka lebih hancur apabila tambang di akhir akhir Ramdhan juga semakin teruk.

Situasi ini berlaku semenjak kewujudan syarikat luar negara seperti In Drive yang membuat Grab melancarkan perang harga untuk menawan hati pelanggan mereka yang hilang.

Adakah sinar buat mereka? Adakah akan wujud e hailing baharu atau adakah kerajaan cakna akan permasalah ini? Semoga ada sinar baharu buat pemandu e hailing yang terkesan



Friday, April 5, 2024

MyRide - E Hailing Tempatan Harapan Pemandu Untuk Perubahan !

Dalam era e-hailing yang pesat berkembang, kehadiran jenama-jenama gergasi antarabangsa seringkali menjadi fokus perhatian. Namun, adakah kita mengabaikan kehebatan yang dimiliki oleh syarikat tempatan yang wujud sebelum ini seperti MyCar, Nuc,Mula,Kumpool,Mygo,JomRides,Gojo dan lain lain. Pelbagai episod siri kegagalan syarikat e hailing tempatan telah kita lihat semenjak 10 tahun yang lalu. Dan episod ini tiada kesudahan yang baik hingga kini.

Kerajaan pula dilihat tidak serius untuk campur tangan dalam memperkukuhkan dasar industri e hailing sehingga harga tambang menjadi semakin teruk sehingga membebankan para pemandu. Rata rata pemandu kini terpaksa bekerja lebih jam semata mendapatkan pendapatan sasaran harian. Timbul ketidak adilan disebabkan perang harga syarikat gergasi untuk merebut penumpang sehingga menjatuhkan harga tambang secara drastik.

NGO serta persatuan serta penggiat industri sering menyuarakan permasalahan industri ini untuk pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengankutan dan agensinya APAD namun sehingga harini masih gagal.

Sebagai rakyat Malaysia, penting untuk memberikan sokongan kepada syarikat-syarikat tempatan dan yang paling terkini e panggilan Myride. Selain daripada menyokong ekonomi tempatan, penggunaan jenama tempatan bermakna kita menyokong inovasi tempatan dan memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk bersaing di peringkat global.




Janganlah terlalu terpaku kepada jenama-jenama gergasi dari luar negara. E hailing tempatan juga dapat bersaing dalam pasaran e-hailing. Mari bersama-sama memperkasakan ekosistem perniagaan tempatan dan terus memberikan sokongan kepada syarikat e-hailing tempatan untuk bersaing di pasaran lokal.

Sedikit info mengenai MyRide,diasaskan oleh warganegara Malaysia, pemandu-pemandu yang menyertai mereka mendapat manfaat daripada caj yang kompetitif melalui sistem plan langganan yang memberikan 100% keuntungan, dan insentif yang menarik,tambang yang munasabah sementara penumpang menikmati perkhidmatan yang cepat, selamat, dan berpatutan serta ganjaran diberikan . Ini menunjukkan bahawa Myride tidak hanya berdaya maju dalam pasaran e-hailing tempatan, tetapi juga memberi kelebihan yang nyata kepada pengguna dan rakan pemandu.

MyRide juga merancang untuk bekerjasama dengan syarikat insurans bagi menyediakan insurans harian bagi membantu para rakan pemandu yang terbeban dengan kos insurans e hailing yang mahal. MyRide juga sedang merangka kerjasama bersama Touch n Go Malaysia sebagai rakan merchant premium agar pengguna dan rakan pemandu mendapat manfaat ganjaraan dari penggunaan e wallet mereka.

Myride bakal dilancarkan pada 15 April 2024 dan merancang pelancaran nasional pada 29/5/2024 kelak. Untuk penumpang, kod promosi CUBAMYRIDE sebanyak RM1 akan diberikan untuk penggunaan pertama bagi tempoh sebulan bermula 1/5/2024 sehingga 29/6/2024

Untuk info lanjut sila layari www.myrideasia.com

Friday, April 1, 2022

Kini Trak Tunda Boleh Dipanggil Melalui Aplikasi Telefon untuk Kemudahan Anda!

 KUALA LUMPUR,1 April 2022 - Pernah kah anda terfikir kini bukan sahaja teksi ataupun memesan makanan daapat ditempah melalui aplikasi tetapi juga trak tunda! Sebuah syarikat aplikasi super app NUC yang diasaskan semenjak 2018 yang dahulunya dikenali dalam perkhidmatan e hailing kini menambah inovasi perkhidmatannya dengan melancarkan servis e panggilan trak tunda atau "tow truck". Menurut Ketua Pegawai Teknikal serta pengasas bersama NUC Encik Farouk Rizal ketika di temuramah, idea ini timbul hasil dari cadangan beberapa pemandu trak towing yang berpendapatan servis ini patut diadakan untuk kemudahan orang awam di samping memberi pendapatan tambahan kepada para pemandu. Majlis pelancaran kecil itu dihadiri oleh hampir 10 pemandu trak tunda. Pada ketika ini, 30 pemandu trak tunda telahpun menyertai platform NUC dan dijangka akan bertambah kelak dan dikembangkan ke seluruh pelusuk negeri.

Seorang pemandu trak En Danny berpendapat,aplikasi ini memberi keyakinan kepada pengguna kerana informasi pemandu serta paparan harga dapat dilihat sebelum pengguna membuat tempahan. Aplikasi NUC kini boleh dimuat turun di Google Playstore atau Appstore dan segala info lanjut mengenai NUC boleh di dapati di semua platform media sosial seperti Facebook,Instagram,LinkedIn,Twitter,TikTok dan Youtube. Info lanjut sila ke www.nuccar.com.







           Gambar sekitar majlis pelancaran Nuc Towing di Warung Mat Kee, Jalan Conlay.

Trendzsetter Bakal Cungkil Bakat Pengkarya Kreatif & Pencipta Kandungan Malaysia

   Pengarah Urusan Trendztok Fakhrudiin Afiq (kiri) bersama Pengarah Urusan Mayard    Integrated   Mayumi Kasuga (kanan) Kuala Lumpur, 14/10...