Tuesday, May 25, 2021

Netizen Bengang Pendaftaran Vaksin Astra Zeneca Ditutup.Server pun Problem!

 



KUALA LUMPUR : Pendafatran untuk vaksin yang dibuka jam 12.00 tepat tadi seperti yang disangkal gagal menampung permintaan ramai warganet. Ramai yang menzahirkan rasa kecewa di sosial media masing masing. Malah ada yang menyatakan bahawa berlaku glitch dan tempahan tarikh tidak dapat dilakukan walaupun sudah tepat masa melakukan pendaftaran.

Apa pandangan anda? 

DG Hisham Ramalkan Angka kes Covid akan melonjak besar tidak lama lagi

 


 KUALA LUMPUR : DG Hisham Abdullah harini menyatakan bahawa orang awam harus bersedia dengan angka lebih besar selepas ini selepas Malaysia mencatatkan 7289 kes hari ini. 

Ini berikut trend dan data KKM menunjukkan akan berlaku lonjakan serta hasil "mass testing" besar besaran yang dijalankan oleh kerajaan Selangor.

Orang ramai dinasihatkan supaya terus melakukan kawalan kendiri dan terus kekal di rumah demi mengekang wabak iini yang ketika ini berada pada gelombang yang amat agresif.

Mereka yang belum berdaftar untuk program vaksin Fasa 2 digalakkan untuk melakukan sedemikian secepat yang mungkin.

Setelah Kenderaan Disita,Kancil legend Kini Kembali!

 


 Jika anda masih ingat lagi, Perodua Kancil ‘legend’ yang sering kali kelihatan di serata Malaysia oleh orang ramai telahpun disita oleh pihak berkuasa pada akhir bulan lalu. Ramai bersimpati dengannya dan berharap pemandu tersebut akan mempunyai kenderaan yang baru.

Nampaknya ‘doa’ orang ramai telah termakbul apabila baru-baru ini, kelihatan pemandu tersebut telah memandu sebuah lagi kereta Perodua Kancil berwarna kuning.

Menurut portal WapCar, ini merupakan Perodua Kancil ketiga setelah dua buah kereta sebelum ini telahpun ditunda oleh pihak berkuasa pada tahun 2019 dan sekali lagi model kenderaan yang sama disita oleh pihak berkuasa sekitar tahun ini.

Kedua-dua buah kenderaan tersebut disita kerana tiada cukai jalan dan keadaan fizikal kereta itu yang telah ‘uzur’ dan tidak seharusnya berada di jalan raya kerana merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Tidak dapat dipastikan lokasi videoi ni dirakamkan, mungkinkah sekali lagi kita akan melihat pemandu Perodua Kancil ‘legend’ ini berjalan di serata Malaysia seperti dahulu?

Dipopularkan netizen Malaysia,perkataan "Koyak" berjaya tersenarai dalam Urban Dictionary

 


   KUALA LUMPUR : Sekiranya anda mengikuti perkembangan antara Hamas dan Zionis di Palestin, pastinya anda cukup tahu di mana Malaysia antara yang memberi sokongan penuh dan solidariti terhadap Palestin.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga disahkan turut menghulurkan bantuan secara tidak langsung dengan menggodam pengkalan data Israel melalui bantuan hacker dari Malaysia. Bukan itu sahaja, ‘tentera bawang’ atau netizen yang tidak henti menyerang laman Israel sekaligus turut memberi kesan kepada puak Zionis.

Terbaharu, selepas pelbagai laman di Facebook dan Twitter diserang secara konsisten oleh para netizen, laman Urban Dictionary sudah mulai menyertakan perkataan ‘koyak‘ dalam laman mereka beserta maksud serta cara penggunaan perkataan tersebut.




Pemandu LRT Cuai, Salah Arah Punca Kemalangan!

 


KUALA LUMPUR : Pemandu tren LRT tanpa penumpang yang bertembung dengan tren yang mempunyai 213 penumpang, telah memandu ke arah yang salah, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Menurut Datuk Seri Wee Ka Siong berkata ‘kecuaian hostler atau pemandu’ menjadi punca kejadian malam tadi yang mengakibatkan 47 penumpang cedera parah manakala 166 penumpang lagi cedera ringan.

Menurut beliau lagi, hasil siasatan Badan Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapati bahawa pemandu tren nombor 40 gagal mengikuti arah yang betul.

Tren yang tidak membawa penumpang tersebut, pada mulanya dipandu secara automatik dari stesen Kampung Baru menuju ke stesen Dang Wangi. Namun disebabkan masalah teknikal, tren tersebut terpaksa dipandu secara manual.

“Hasil siasatan awal mendapati bahawa kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pemandu yang memandu TR40 ke arah yang salah.

“TR40 ialah gerabak kosong yang tiada penumpang dan dikendalikan secara automated train operation (ATO) dari Gombak ke depoh Subang iaitu ke arah selatan.

“Ia bagaimanapun mengalami kegagalan dan berhenti ketika menghampiri stesen Kampung Baru. Pemandu telah dihubungi dan diarahkan memandunya secara manual untuk dibawa ke depoh,” katanya dalam sidang akhbar secara maya hari ini.

Datuk Seri Wee Ka Siong berkata lagi, TR81 yang menerima maklumat bahawa TR40 telah beredar dari stesen Kampung Baru kemudiannya berlepas dari stesen KLCC ke stesen berkenaan sebelum dilaporkan bertembung dengan TR40 pada pukul 8.33 malam semalam. Ini merupakan kemalangan buruk pertama selepas 23 tahun LRT beroperasi.

Orang ramai tidak berpuas hati apabila pihak Prasarana cuma beri RM1,000 kepada mangsa yang terlibat kemalangan semalam.

Covid Mula Serang Kanak Kanak.Lebih 40,000 telah dijangkiti.

 


KUALA LUMPUR : Kes jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kini amat membimbangkan dan menjadi antara golongan yang berisiko dijangkiti virus COVID-19 selepas warga emas.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu perlu menjadi  peringatan kepada semua agar terus bertanggungjawab melindungi golongan itu daripada dijangkiti." 
Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sehingga hari ini, seramai 48,261 orang kanak-kanak dan bayi telah dijangkiti COVID-19 dengan 6,290 adalah merupakan bayi berumur 18 bulan ke bawah.
"Justeru ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak seperti mengelakkan mereka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka serta kerap menggunakan cecair pembasmi kuman," katanya dalam kenyataan harian berkenaan perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
Beliau berkata, orang dewasa bertanggungjawab melindungi kanak-kanak dan bayi daripada dijangkiti virus itu.
Menurutnya, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, orang dewasa juga perlu melakukan 'self lockdown' atau sekatan pergerakan kendiri bagi mengelak diri, anak-anak dan keluarga tersayang terkena jangkitan. 

COVID-19: 7,289 kes baharu.Fakta anda perlu tahu.

 


KUALA LUMPUR :   Malaysia merekodkan kes harian tertinggi kes positif COVID-19 apabila merekodkan 7,289 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini di media sosial beliau.Ia menjadikan jumlah kes aktif ketika ini adalah 63,458 kes.
Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 2,642 kes, diikuti Johor (664) dan Kuala Lumpur (604).
Selain itu, jumlah mereka yang sembuh hari ini adalah 3,789 kes dengan kumulatif kes sembuh adalah 460,062 kes.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 60 kematian hari ini, sekali gus menjadikan kumulatif kematian adalah 2,369 kes.
Jumlah kes yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 726 kes manakala kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan adalah 373 kes.
Selain itu, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 1.20.

#kkm #malaysia #mkn #covid19 #perikatannasional


Saturday, May 22, 2021

Kerajaan Patut Wujudkan Task Force Mobile Vaksin Terus ke Rumah -Percepat vaksinasi Kebangsaan

 


    Kerajaan Malaysia sepatutnya mempertimbangkan kerjasama dengan hospital swasta,badan berkelayakan dan khidmat jururawat awam untuk mempercepatkan proses vaksin dalam usaha mencapai imuniti kelompok lebih segera.

Program vaksinasi kini dilihat sangat perlaan dan berlaku lonjakan kes akibat varian terbaru yang kini melanda beberapa negara di dunia termasuk dunia.

Diharap ada cadangan ini dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.


Ramai Bunuh Diri Impak PKP


PETALING JAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi, malah turut menjejaskan kesihatan mental kepada rakyat.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semasa tempoh PKP terdapat banyak kes bunuh diri dilaporkan, namun perkara itu tidak dihebohkan.

“Di sini saya nak maklumkan sewaktu PKP 1.0 terdapat banyak kes membabitkan masalah mental, kes bunuh diri juga banyak berlaku, cuma kita tidak hebohkan perkara ini.

“Jadi inilah yang kita nak jaga rakyat supaya jangan terlalu menderita dan akhirnya walaupun kita nak selamatkan nyawa tetapi rakyat menderita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

Janda dan 4 Lelaki ditahan Pesta Dadah dalam Bilik Hotel ketika PKP


SEBERANG PERAI – Seorang janda dan empat lelaki yang sedang leka berpesta dadah di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Bagan Jermal, Butterworth di sini tergamam apabila diserbu polis pagi semalam.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan bersama lelaki berusia di antara 21 hingga 28 tahun berkenaan dalam operasi kira-kira pukul 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua suspek yang berasal dari Teluk Air Tawar, Penaga dan Kepala Batas di sini telah mendaftar masuk di hotel itu sejak kelmarin.

“Pemeriksaan di dalam bilik hotel itu menemui tiga paket plastik lutsinar dipercayai dadah, manakala mereka didapati tiada pertalian darah.

“Siasatan awal mendapati keempat-empat lelaki itu positif syabu, manakala wanita yang bekerja kilang berkenaan negatif,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorzainy berkata, kesemua suspek juga masing-masing dikompaun RM1,500 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, kesemua suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

PKP 3.0 Diperketatkan : 70% Menghampiri PKP 1.0



PUTRAJAYA : Menteri Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri serta DG Tan Sri Noor Hisham harini mengadakan sidang akbar berkenaan perincian SOP PKP 3.0. Warganet rata rata ada yang membantah dan ada juga yang menyokong usaha kerajaan dalam usaha mengimbangi kesihatan serta sosio ekonomi rakyat, namun sudah pasti langkah melaksanakan 'FULL LOCKDOWN" tidak diteruskan seperti yang kita semua maklum.

Mengulas lebih lanjut menurut Dato Ismail Sabri, PKP 3.0 diperketatkan kalini dilihat sebagai pendekatan yang terbaik mampu dilaksanakan ketika ini dalam konteks mengurangkan pergerakan orang ramai.

Antara SOP utama yang berubah dan dikemaskinikan adalah :

a) 70% penjawat awam melibatkan kira kira 750,000 kakitangan akan bekerja di rumah,manakala sektor swasta pula dalam 40%

b) perniagaan dibuka dari jam 8pagi hingga 8 malam

c) sektor perkilangan akan di perincikan SOP oleh MITI kelak

Di harap negara akan terus berjaya dalam usaha melandaikan kes Covid dan rakyat dinasihatkan untuk terus patuh SOP dan kekal berada di rumah.


#mkn #kkm #putrajaya #malaysia #covid19 #kitajagakita #kekalselamat

Friday, May 21, 2021

Putung Rokok Punca Kereta Meletup di Kg Sireh,Kelantan

 



KOTA BHARU – Kejadian sebuah kereta yang membawa muatan mercun bola yang meletup di Simpang Empat Lampu Isyarat, Kampung Sireh di sini semalam dipercayai berpunca daripada puntung rokok yang dibuang oleh mangsa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, maklumat itu diperoleh daripada beberapa orang saksi yang melihat mangsa, Wan Hassan Wan Ali, 48, cuba membuang puntung rokok sebelum kereta jenis Proton Iswara Aeroback dipandunya meletup kira-kira pukul 5.30 petang.

“Ketika kejadian, sebuah kereta yang berada di hadapan kereta mangsa telah berhenti di persimpangan itu ekoran lampu isyarat merah.

“Ketika itu, ada saksi telah melihat mangsa cuba membuang puntung rokok keluar dari cermin yang dibuka dalam keadaan sempit sebelum kereta tersebut meletup,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melakukan tinjauan di lokasi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Terusan, Limbat di sini hari ini.

Menurut Shafien, polis sedang menyiasat mercun bola yang dibawa oleh mangsa dalam kuantiti banyak di dalam keretanya.

Katanya, sehubungan dengan itu, pihaknya juga masih menyiasat penglibatan mangsa terlibat dengan kegiatan penyeludupan mercun selain semua barangan yang dibawa di dalam kereta itu dijual secara borong atau runcit.

“Semakan lanjut turut mendapati Wan Hassan mempunyai rekod jenayah berkaitan kes penyalahgunaan dadah dan pecah rumah.

“Selain itu, tiga daripada empat mangsa termasuk anggota polis dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini. Keadaan semua mangsa dilaporkan stabil dengan salah seorang mangsa sudah dibenarkan pulang,” katanya.

Ujar Shafien, siasatan turut mendapati, kejadian itu memberi impak besar apabila kesan letupan kereta itu tersebar sehingga 100 meter dari lokasi kejadian.

Katanya, kejadian itu merupakan kes terbesar dan pertama kali berlaku di negeri ini sehingga polis Kelantan memerlukan bantuan pasukan Unit Bom, Bukit Aman untuk menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca letupan itu.

“Kita juga meminta orang ramai terutama penduduk sekitar yang terkesan supaya tampil membuat laporan untuk memudahkan polis menilai jumlah kerugian yang dialami.

“Saya juga berharap kepada pengguna jalan raya supaya bersabar kerana beberapa laluan di lokasi kejadian ditutup sementara sebelum kerja-kerja siasatan selesai,” katanya.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas kereta jenis Proton iswara Earoback membawa muatan mercun bola yang dipandu meletup petang semalam.

Kejadian ngeri itu menyebabkan mangsa, Wan Hassan tercampak kira-kira 20 meter dari keretanya. 

Gaza aman, gencatan senjata bertahan

 BANDAR GAZA – Gencatan senjata antara Israel dan pergerakan Hamas bertahan semalam selepas 11 hari pertempuran sengit berlaku yang menyaksikan Semenanjung Gaza diserang bertubi-tubi, manakala ramai penduduk Israel terpaksa mencari perlindu­ngan daripada bedilan roket.

Bandar Gaza sunyi dengan kepulan asap naik ke udara selepas Israel menghentikan sera­ngan udaranya lewat semalam, lapor seorang wartawan agensi berita AFP.

Tidak lama kemudian, berita gembira itu disambut di Gaza dengan rakyat Palestin membunyikan hon kereta dan sebilangan mereka melepaskan tembakan ke udara, manakala di Tebing Barat, orang ramai keluar ke jalan-jalan untuk meraikan keamanan tersebut.

Gencatan senjata itu bertahan dengan bunyi siren amaran roket tidak lagi kedengaran di Israel.

Penduduk di kedua-dua belah pihak menyuarakan perasaan lega bahawa gencatan senjata yang dinanti-nantikan akhirnya terlaksana.

WARGA Palestin melintasi bangunan
Al-Shuruq yang musnah dalam serangan udara Israel di Bandar Gaza semalam. – AFP

“Ia adalah keputusan yang baik kerana sejujurnya, penduduk di kedua-dua belah pihak (Israel dan Palestin) sudah bosan tentang apa yang berlaku,” kata Amwrah Dana yang merupakan warga Baitulmuqaddis berketurunan Palestin.

Penduduk Tel Aviv, Avital Fast berkata, dia berharap genca­tan senjata itu mampu bertahan.

“Saya harap ia akan kekal kerana apa yang kami mahu sekarang adalah meneruskan kehidupan tanpa bunyi siren atau tembakan,” katanya.

Perjanjian tersebut yang ditaja oleh Mesir, turut melibatkan kumpulan bersenjata kedua pa­ling kuat di Gaza, Jihad Islam.

Pelaksanaannya menjadi rea­liti susulan tekanan masyarakat antarabangsa supaya pertumpahan darah yang tercetus sejak 10 Mei lalu ditamatkan.

Perjanjian itu turut disambut baik oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

“Saya percaya kami mempunyai peluang sebenar untuk mencapai kemajuan dan saya komited untuk bekerja ke arah itu,” kata Biden di White House sekali gus memuji peranan Mesir sebagai orang tengah.

PENDUDUK Yahudi menjamu selera di Dataran Abima di bandar raya Tel Aviv kelmarin. – AFP

Satu kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyebut, Kabinet Keselamatan sebulat suara meluluskan saranan pegawai-pegawai keselamatan Israel untuk menerima inisiatif genca­tan senjata oleh Mesir tanpa sebarang prasyarat.

Hamas dan kumpulan Jihad Islam turut mengesahkan gencatan itu dalam beberapa kenyataan.

“Ini kemenangan yang paling meng­embirakan,” kata pemimpin ka­nan Hamas, Khalil al-Hayya di hadapan beribu-ribu rakyat ­Palestin yang membanjiri jalan raya untuk meraikan berita tersebut.

Serangan Israel ke atas Gaza sejak 10 Mei lalu telah membunuh seramai 232 rakyat Pa­lestin termasuk 63 kanak-kanak dan mencederakan 1,900 yang lain, demikian menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Kawasan luas di Gaza juga menjadi padang jarak akibat serangan udara Israel, manakala kira-kira 120,000 orang menjadi pelarian, kata Hamas.

Tentera Israel berkata, Hamas dan kumpulan bersenjata Islam lain di Gaza telah membedil lebih 4,300 roket ke arah Israel sepanjang konflik tersebut tetapi sebahagian besar senjata itu dipintas dan dimusnahkan oleh sistem pertahanan ‘Kubah Besi’ Israel.

Bedilan roket itu meragut 12 nyawa di Israel termasuk dua kanak-kanak di samping seorang rakyat India dan dua warganegara Thailand, kata polis Rejim Zionis. – AFP

Kerana pertahankan Neelofa, Mawar kena minta maaf pada netizen!

 PETALING JAYA – Pelakon Mawar Rashid, 26, meminta maaf atas ketelanjurannya memberikan komen mengenai kes terbaru Neelofa sehingga membuatkan orang ramai mengecam tindakannya.

Kata wanita berusia 26 itu, pemahaman kurang jelasnya berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan selebriti itu dan suaminya, Haris Ismail di Nilai 3, Negeri Sembilan mengakibatkan tercetus salah faham.

“Bertenang semua, ada salah faham. Mawar pun salah tak tulis betul-betul dan ayat pun tak penuh sampai buat awak semua marah dan serang Mawar. Minta maaf semua.

“Maksud Mawar kat sini, kalau kena kompaun atau denda lagi, memang patut kena bayar. Dan kalau mahkamah sudah putuskan kena penjara, Mawar hormati keputusan mahkamah.

“Mawar tak bermaksud pun cakap sebab dia berjuang pasal Palestin dia boleh langgar SOP. Salah tetap salah.

“Tetapi bila cakap pasal penjara, bunyi itu menakutkan. Saya pun jenis cepat kasihan kepada orang,” katanya.

Adik ipar kepada penyanyi, Datuk Fazley Yaakob itu memberikan penjelasan menerusi Instagramnya bagi menerangkan maksud sebenar yang cuba disampaikan selepas diserang netizen sejak semalam.

Akui Mawar lagi, kekhilafannya menerusi penulisan yang kurang tepat menyebabkan ada pihak menganggapnya tidak menghormati keputusan mahkamah.

Semalam, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini.

Mengikut pertuduhan, Haris atau PU Riz, 26, gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam manakala usahawan selebriti itu pula berdepan pertuduhan tidak membuat imbasan MySejahtera.

Isu terbaru membabitkan pasangan sensasi itu terus meraih perhatian pengguna internet sehingga Mawar juga terpanggil meninggalkan komen mempertahankan teman seperjuangannya, namun dia pula mendapat kecaman.

Dalam tulisannya, Mawar berharap Neelofa tidak dipenjarakan kerana sudah banyak berjuang untuk Islam dengan disertakan tanda pagar #freepalastine. Begitupun, komen berkenaan sudah dipadam.

Sementara itu, suami Mawar, Raf Yaakob dilihat meninggalkan komen nasihat kepada pihak yang membuat teguran kasar terhadap isterinya.

“Masing-masing yang nak tegur Mawar tu pun, tegur lah dengan penuh adab. Maki-maki, perli-perli, kutuk-kutuk itu bukan cara kita sebagai orang Islam. Istighfar banyak-banyak,” luahnya.





NUC FSR Cadang Pacu Gig Ekonomi Untuk Bantu Peniaga Terjejas di Kota Bharu sepanjang PKP

KOTA BHARU,21 May 2021 : NUC FSR sebuah syarikat pengendali aplikasi super app NUC yang menawarkan perkhidmatan gig ekonomi seperti penghantaran makanan,parcel serta e hailing secara on demand memberi kenyataan rasmi mengenai hasrat mereka untuk membantu semua pengusaha kedai makanan dan produk di sekitar Kota Bharu.

Pengarah Jualan dan Komunikasi Korporat Encik Hishamudin Nasir memaklumkan ramai yang terjejas dan kami melihat ini adalah usaha kecil kami untuk membantu para peniaga menjana lebih pendapatan sepanjang PKP dijalanankan.

Pendaftaran kini dibuka dan tiada sebarang yuran dikenakan. Terkini sudah lebih 100 vendor di sekitar Kota Bharu telah pun mendaftar dan kami ingin mensasarkan lebih banyak lagi vendor untuk menyertai kami. Kami juga menjemput pemilik motosikal atau kereta untuk menyertai team Nuc Delivery partner yang demi untuk menjana pendapatan di musim PKP.

Untuk makluman lanjut sila hubungi Nuc FSR di talian 09-747 9902 atau layari www.nuccar.com untuk maklumat lanjut atau Facebook dan Instagram : NUC FSR




                           Gambar : Encik Hishamudin Nasir bersama Encik Nik Pemilik D Klassik

Kerajaan Cadang Laksana PKP 3.0 Diperketat

PUTRAJAYA 21 MAY 2021Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 pada petang ini yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah membincangkan secara mendalam situasi semasa penularan jangkitan COVID-19.

Mesyuarat meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung status terkini kes COVID-19 termasuk kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan setiap negeri dan cadangan tindakan bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Selain itu, Sidang Khas juga membincangkan status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei 2021. Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKP 3.0 telah diperketatkan termasuk larangan rentas negeri dan daerah serta sekatan bagi aktiviti sosial, sukan dan rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka.
Namun begitu, penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang.

Rujuk kenyataan media untuk maklumat lanjut.

#pmo #muhyiddin #covid19 #mkn #kkm #pkp #mco #malaysia #lockdown #perikatannasional #kerajaan 



Trendzsetter Bakal Cungkil Bakat Pengkarya Kreatif & Pencipta Kandungan Malaysia

   Pengarah Urusan Trendztok Fakhrudiin Afiq (kiri) bersama Pengarah Urusan Mayard    Integrated   Mayumi Kasuga (kanan) Kuala Lumpur, 14/10...