Friday, May 21, 2021

Kerana pertahankan Neelofa, Mawar kena minta maaf pada netizen!

 PETALING JAYA – Pelakon Mawar Rashid, 26, meminta maaf atas ketelanjurannya memberikan komen mengenai kes terbaru Neelofa sehingga membuatkan orang ramai mengecam tindakannya.

Kata wanita berusia 26 itu, pemahaman kurang jelasnya berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan selebriti itu dan suaminya, Haris Ismail di Nilai 3, Negeri Sembilan mengakibatkan tercetus salah faham.

“Bertenang semua, ada salah faham. Mawar pun salah tak tulis betul-betul dan ayat pun tak penuh sampai buat awak semua marah dan serang Mawar. Minta maaf semua.

“Maksud Mawar kat sini, kalau kena kompaun atau denda lagi, memang patut kena bayar. Dan kalau mahkamah sudah putuskan kena penjara, Mawar hormati keputusan mahkamah.

“Mawar tak bermaksud pun cakap sebab dia berjuang pasal Palestin dia boleh langgar SOP. Salah tetap salah.

“Tetapi bila cakap pasal penjara, bunyi itu menakutkan. Saya pun jenis cepat kasihan kepada orang,” katanya.

Adik ipar kepada penyanyi, Datuk Fazley Yaakob itu memberikan penjelasan menerusi Instagramnya bagi menerangkan maksud sebenar yang cuba disampaikan selepas diserang netizen sejak semalam.

Akui Mawar lagi, kekhilafannya menerusi penulisan yang kurang tepat menyebabkan ada pihak menganggapnya tidak menghormati keputusan mahkamah.

Semalam, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan melanggar SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal bulan ini.

Mengikut pertuduhan, Haris atau PU Riz, 26, gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam manakala usahawan selebriti itu pula berdepan pertuduhan tidak membuat imbasan MySejahtera.

Isu terbaru membabitkan pasangan sensasi itu terus meraih perhatian pengguna internet sehingga Mawar juga terpanggil meninggalkan komen mempertahankan teman seperjuangannya, namun dia pula mendapat kecaman.

Dalam tulisannya, Mawar berharap Neelofa tidak dipenjarakan kerana sudah banyak berjuang untuk Islam dengan disertakan tanda pagar #freepalastine. Begitupun, komen berkenaan sudah dipadam.

Sementara itu, suami Mawar, Raf Yaakob dilihat meninggalkan komen nasihat kepada pihak yang membuat teguran kasar terhadap isterinya.

“Masing-masing yang nak tegur Mawar tu pun, tegur lah dengan penuh adab. Maki-maki, perli-perli, kutuk-kutuk itu bukan cara kita sebagai orang Islam. Istighfar banyak-banyak,” luahnya.





No comments:

Post a Comment

Trendzsetter Bakal Cungkil Bakat Pengkarya Kreatif & Pencipta Kandungan Malaysia

   Pengarah Urusan Trendztok Fakhrudiin Afiq (kiri) bersama Pengarah Urusan Mayard    Integrated   Mayumi Kasuga (kanan) Kuala Lumpur, 14/10...